aku selalu teringat kat kau bila aku tengok adik-adik kau main depan rumah aku , aku selalu teringat kat kau bila mak bapak kau balik dari cari rezeki , aku rindu gila kat kau , aku selalu berdoa kau akan sentiasa happy kat sana , aku rindu gila kat kau gelak tawa kau , senyuman kau , dan aku rindu bila kau mengadu kat aku setiap kali kau bergaduh dengan bf kau haha , kau siap nangis dan peluk aku serta cakap yg bf kau tu tak berguna , hahaha kesian aku tengok kau waktu kau nangis , aku rindu semua saat tu , tapi kau dah takde kat sini dah , ini semua berlaku kerana silap kau sendiri , kau mudah percaya dengan lelaki , aku selalu nasihat kat kau , tp kau cakap takde papelah , kau boleh jaga diri kau sendirilah , tapi tengoklah sekarang , semuanya dah terlambat dah tak boleh nak berpatah balik lagi , kesian aku tengok adik-adik kau , takda siapa lagi nak jaga diorang time ibu bapa kau pergi keluar cari rezeki , aku harap kau akan berubah sebab aku rindu gila saat-saat kita bersama dulu :)
No comments:
Post a Comment